Pages

Saturday, 14 January 2012

Berita Baik Buat Pengedar Dan peminat bola!!!

Salam semua dari kami warga Sarong AL-HIJRAH. Kami sudahpun melancarkan promosi secara agresif di tapak-tapak promosi di Stadium, expo dan karnival yang bersesuaian dengan Tema Sports dan pelancongan di Malaysia. yang pertamanya ialah promosi di Stadium bukit Jalil semasa berlangsungnya Perlawana Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Negeri Sembilan serta perlawanan Liga Super antara Selangor dan Perak.

Kami menerima beberapa maklumbalas positif yang menyebabkan kami menawarkan promosi kepada para pembekal semua. Untuk tempoh sehingga 31 March 2012, kami menawarkan percuma 10 huruf yang siap kami tampalkan pada kain tersebut dengan belian TUNAI.
antara huruf-huruf PERCUMA ialah RED WARRIORS, KELANTAN, TERENGGANU, N SEMBILAN, PAHANG, TOK GAJAH, CHELSEA, LIVERPOOL.

Huruf-huruf yang sedikit panjang kami kenakan bayaran tambahan sebanyak RM2.00 sahaja. antara huruf panjang ialah MANCHESTER UNITED, GOMO KELATE GOMO, HOBIN JANG HOBIN huruf sama yang banyak dan melebihi 10 huruf hingga MAKSIMA 16 HURUF sahaja.

HARGA JUALAN disyorkan adalah sebanyak RM45.00++ (10 huruf dan kurang). Mengikut budi bicara anda boleh naikan sekitarRm 2 - 3 ringgit lagi jika huruf lebih dari 10.

PELANGGAN HEBAT PENGEDAR GEMBIRA!!!

Sila hubungi kami jika anda ada apa-apa kemyuskilan. Terima Kasih . Semoga anda Kaya dan Berjaya!!


HOTLINE 012-6625112


Thursday, 12 January 2012

Promosi Sarong AL-HIJRAH Road Show 1 Malaysia

Salam Semua, Perancangan Sarong AL-HIJRAH dalam mempromosikan Sarong Sports kami pada tahun 2012 akan mengalami satu transformasi pecutan yang sedang pun bermula. Pelbagai cara samada secara On-Line mahupun OFF Line sedang giat dan rancak dilaksanakan.
Sebagaimana yang saudara/saudari ketahui, Kami telah memulakan suatu promosi hebat sewaktu perlawanan Piala Sumbangsih yang lalu di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Alhamdulilah, "Awareness" yang kami harapan telah berjaya menambat hati, para pengunjung untuk mendekati produk kami. Ada yang membelek, merasa, bertanya lebih lanjut, bergambar dan berposing bersama patong pakaian kami dan akhirnya yang membeli produk kami demi merasai sendiri pengalaman memakai kain sedondon dengan Jersey Pasukan diminati mereka.
Sekali lagi promosi Sarong AL-HIJRAH akan berlansung di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu, 14hb Januari 2012. Seterusnya kami akan menuju ke selatan insyaALLAH, selama 10 hari sehingga hujung bulan Januari 2012.
Bersyukur Ke hadrat ILAHI, dengan limpah kurnianya, Kami telah mendapat tempat di Bazaar LamanSeri Sec 13, Shah Alam yang berhampiran dengan Kolej PTPTL. Ia beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 10.00am hingga jam 10.00 pm.
Selanjutnya juga, kami akan ke sebelah Pantai Timur buat 10 hari, dalam mempromosikan produk kami. Alhamdulilah contoh Sarong Ganu dan Tok Gajah juga telah siap di sediakan. Tidak ketinggalan Contoh Sarong Selangor juga telah diperolehi.
Akhirkata, kepada para peminat Bola, nantikan kami di tempat anda. Jadual terperinci akan kami keluarkan dalam sedikit masa lagi.
LamanSeri Sec 13, Shah Alam

Lokasi Bazaar LamanSeri di Tapak Letak Kereta sebelah kanan jalan

Kolej PTPTL yang cuma 5 minit sahaja ke Lokasi Bazaar

Majulah Sukan Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara.

Sunday, 8 January 2012

Promosi Jualan Piala Sumbangsih Bukit Jalil Kelantan VS N.Sembilan

Salam Semua! Seperti yang dijangkakan promosi kami telah mendapat sambutan Hebat dikalangan pengujung gerai kami No 9, di laluan menuju ke Stadium dari arah Stesen LRT Bukit Jalil. Kami bermula awal pagi dengan dibantu oleh rakan saya Saudara Aidi Yusoff.

Diawal pagi kami masih membuat promosi biasa-biasa aje. Kebanyakan peminat yang lalu lalang disitu, memberikan perhatian kepada produk kami, lebih-lebih lagi peminat THE RED WARRIORS. Sambil berlalu mereka tersenyum melihat produk kami. Ada yang datang berkumpulan membelek dan bertanya mengenai produk kami. Sambil itu, Flyers diedarkan kepada ramai.

Tidak ketinggalan juga peminant HOBIN JANG HOBIN juga sama-sama mengunjungi Gerai kami sambil bertanya soalan.

Suasa petangnya amat berbeza, selepas kami menukar pakaian kepada Jersey Bola Negeri Sembilan dan kelantan keadaan menjadi gempita bilamana saya mendapat Loud Heller, maka bergemalah promosi SARONG AL-HIJRAH kami disitu.

Pelajaran yang kami temui disini ialah, setengah-setengah dari pengunjung mempersoalkan logo Kijang  Kelantan FA tersebut. Cara kami mudah untuk jelaskan kepada mereka,  Kelantan dengan Checkered red itu merupakan identiti tersendiri. pelangan tidak perlu lekatkan Logo pada kain. Dari jauh peminat pasti kenal bahawa itulah identiti Jersey Bola kelantan.

Kepada para pengedar, anda boleh jelaskan kepada bakal pelangan anda akan rasional sesuatu itu dibuat. berikan pilihan kepada mereka dan pastinya mereka akhirnya terima penjelasan kita. yangpasti nya mereka akan tertarik untuk mendapatkan produk tersebut.

Suasana waktu pagi di Stadium Bukit Jalil

Geng  The Red Warriors melihat produk kami
Geng Hobin Jang Hobin juga membanjiri khemah kami
Pelangan diberi penerangan produk oleh Saudara Aidi Yusoff

Suasana di sekitar gerai Sarong AL-HIJRAH
Pengasas Sarong AL-HIJRAH membuat promosi gunakan Loud Heller
Pernerangan percuma kepada peminat Red Warriors
Itu Dia, Promo sampai ke malam!!! entah mana dapatnya energi, Minum koko Minda Kot??
Promosi larut Malam
Tabik Spring kepada Die Hard Fans Kelantan yang melawat Gerai Kami
Kesimpulannya, Bisnes OFF line memang memerlukan banyak energi dan kreativiti untuk menarik minat pelanggan. Bagi maksud Sarong AL-HIJRAH, Gimik pengasas berpakaian bola dan berkain Sarong serta mengunakan Loud Heller disamping patong pakaian yangdipakaikan dengan Sarong Kelantan, ia amat memikat peminat. Saya rasa saudara-saudari pengedar juga mempunyai caranya yang tersendiri dalam menarik minat pelanggan mendekati produk Sarong AL-HIJRAH.



Monday, 2 January 2012

Pemborong SARONG AL-HIJRAH terbaharu

Alhamdulilah, berkat doa, Sarong AL-HIJRAH telah berjaya memasuki GM KLANG. Produk kami akan berada di rak kedai dalam beberapa hari ini sebelum 8hb Januari 2012. Berkat persefahaman dengan Syarikat Mohd Rosni Enterprise yang beralamat di Blok P1 (HIJAU) - 30 Jalan Casuarina 1, Bandar Botanik Capital, Bukit Tinggi 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Syarikat Mohd Rosni Enteprise merupakan pemborong dan peruncit Jersey Bola, T-Shirt dan Seluar Jeans. Saudara yang tinggal dipersekitaran Port Klang dan Klang, boleh dapatkan Sarong SPORTS AL-HIJRAH  disana.

GM Klang
Map ke GM Klang
Kepada anda yang ingin mendapatkan Sarong AL-HIJRAH, bolerh dapatkan nya di GM Klang. Sambil melihat Sarong Sports AL-HIJRAH anda juga boleh dapatkan terus Jersey Bola sedondon dengan Sarong AL-HIJRAH. Anda pasti mendapat perhatian Ramai!!! Glamour You!!

Sunday, 1 January 2012

TIPS 1 - BUAT PENGEDAR SARONG SPORTS AL-HIJRAH

Selepas saya menghasilkan Sarong AL-HIJRAH versi Sports, Manchester United, ramai yang kata, ihs...ni tak boleh bawa ke Masjid sebab ada logo Red Devils.
Jawapan saya adalah seperti berikut, Jika kita ke pejabat kita pakai seluar Kasual atau Seluar Uniform. Jika kita beriadah maka kita pula pakai Track Bottom. Sama lah juga dengan Sarong. Sarong Sports kita tu sesuai di pakai bila kita menonton Bola samada di television. Atau menonton bola di kedai mamak. Bila kita nak Solat biasanya kita pakai kain sarong yang lain. Dalam persoalan ini, masih ramai saya lihat orang pakai baju Man United bersolat di Masjid.

Saya rasa yang menjadi issue ialah Logonya. Pelanggan bebas samada nak lekatkan logo atau juga huruf nya. Saya rasa ianya tak jadi masalah untuk lain-lain logo team EPL ataupun MSL.

Kita tak perlu rasa down kerna kebanayakan mereka yang bertanya, bukanlah peminat bola. Saya dah buktikan kepada bberapa pengedar OFF LINE saya bahawa mereka menerima konsep yang cuba saya ketengahkan.
Akhir Kalam, Sebagai pengedar, sudah pasti anda juga memiliki ciri unik untuk memikat pelanggan anda dengan produk Sarong AL-HIJRAH ini. PEACE YOO!!!!

Sarong Sports RED DEVILS

Cara-cara menjaga Sarong Anda

Sebagaimana kita tahu, sesuatu barang yang kita beli sudah tentu mempunyai tatacara untuk memastikan ianya tahan lama, bersih dan cantik. Begitu juga dengan Sarong AL-HIJRAH. Kain sarong ini boleh di cuci dengan mesin basuh. namun sebelum dibasuh, sila terbalikan kain (corak dan sebarang logo & Huruf hendaklah disebelah dalam). Kain ini tak perlu rendah dan jangan direndam bersama kain lain. Khuatir warna kain lain akan menjejaskan Sarong AL-HIJRAh akibat lunturan warna. 

Sidai kain dijemuran dengan (corak dan sebarang logo & Huruf hendaklah disebelah dalam).


Kain ini, jika hendak digosok, hendalah juga diterbalikan kain. Jangan gunakan seterika dengan kepanasan melampau. Cukup dengan kepanasan sederhana.
Contoh label penjagaan Tekstile
Semoga dengan sedikit arahan penjagaan ini, dapat mamastikan anda sentiasa ceria dan megah semasa memakainya menonton bola samada di Rumah, kedai Mamak atau di Stadium.

NOW EVERYONE CAN SARONG