Pages

Sunday 8 January 2012

Promosi Jualan Piala Sumbangsih Bukit Jalil Kelantan VS N.Sembilan

Salam Semua! Seperti yang dijangkakan promosi kami telah mendapat sambutan Hebat dikalangan pengujung gerai kami No 9, di laluan menuju ke Stadium dari arah Stesen LRT Bukit Jalil. Kami bermula awal pagi dengan dibantu oleh rakan saya Saudara Aidi Yusoff.

Diawal pagi kami masih membuat promosi biasa-biasa aje. Kebanyakan peminat yang lalu lalang disitu, memberikan perhatian kepada produk kami, lebih-lebih lagi peminat THE RED WARRIORS. Sambil berlalu mereka tersenyum melihat produk kami. Ada yang datang berkumpulan membelek dan bertanya mengenai produk kami. Sambil itu, Flyers diedarkan kepada ramai.

Tidak ketinggalan juga peminant HOBIN JANG HOBIN juga sama-sama mengunjungi Gerai kami sambil bertanya soalan.

Suasa petangnya amat berbeza, selepas kami menukar pakaian kepada Jersey Bola Negeri Sembilan dan kelantan keadaan menjadi gempita bilamana saya mendapat Loud Heller, maka bergemalah promosi SARONG AL-HIJRAH kami disitu.

Pelajaran yang kami temui disini ialah, setengah-setengah dari pengunjung mempersoalkan logo Kijang  Kelantan FA tersebut. Cara kami mudah untuk jelaskan kepada mereka,  Kelantan dengan Checkered red itu merupakan identiti tersendiri. pelangan tidak perlu lekatkan Logo pada kain. Dari jauh peminat pasti kenal bahawa itulah identiti Jersey Bola kelantan.

Kepada para pengedar, anda boleh jelaskan kepada bakal pelangan anda akan rasional sesuatu itu dibuat. berikan pilihan kepada mereka dan pastinya mereka akhirnya terima penjelasan kita. yangpasti nya mereka akan tertarik untuk mendapatkan produk tersebut.

Suasana waktu pagi di Stadium Bukit Jalil

Geng  The Red Warriors melihat produk kami
Geng Hobin Jang Hobin juga membanjiri khemah kami
Pelangan diberi penerangan produk oleh Saudara Aidi Yusoff

Suasana di sekitar gerai Sarong AL-HIJRAH
Pengasas Sarong AL-HIJRAH membuat promosi gunakan Loud Heller
Pernerangan percuma kepada peminat Red Warriors
Itu Dia, Promo sampai ke malam!!! entah mana dapatnya energi, Minum koko Minda Kot??
Promosi larut Malam
Tabik Spring kepada Die Hard Fans Kelantan yang melawat Gerai Kami
Kesimpulannya, Bisnes OFF line memang memerlukan banyak energi dan kreativiti untuk menarik minat pelanggan. Bagi maksud Sarong AL-HIJRAH, Gimik pengasas berpakaian bola dan berkain Sarong serta mengunakan Loud Heller disamping patong pakaian yangdipakaikan dengan Sarong Kelantan, ia amat memikat peminat. Saya rasa saudara-saudari pengedar juga mempunyai caranya yang tersendiri dalam menarik minat pelanggan mendekati produk Sarong AL-HIJRAH.