Pages

Thursday 12 January 2012

Promosi Sarong AL-HIJRAH Road Show 1 Malaysia

Salam Semua, Perancangan Sarong AL-HIJRAH dalam mempromosikan Sarong Sports kami pada tahun 2012 akan mengalami satu transformasi pecutan yang sedang pun bermula. Pelbagai cara samada secara On-Line mahupun OFF Line sedang giat dan rancak dilaksanakan.
Sebagaimana yang saudara/saudari ketahui, Kami telah memulakan suatu promosi hebat sewaktu perlawanan Piala Sumbangsih yang lalu di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Alhamdulilah, "Awareness" yang kami harapan telah berjaya menambat hati, para pengunjung untuk mendekati produk kami. Ada yang membelek, merasa, bertanya lebih lanjut, bergambar dan berposing bersama patong pakaian kami dan akhirnya yang membeli produk kami demi merasai sendiri pengalaman memakai kain sedondon dengan Jersey Pasukan diminati mereka.
Sekali lagi promosi Sarong AL-HIJRAH akan berlansung di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu, 14hb Januari 2012. Seterusnya kami akan menuju ke selatan insyaALLAH, selama 10 hari sehingga hujung bulan Januari 2012.
Bersyukur Ke hadrat ILAHI, dengan limpah kurnianya, Kami telah mendapat tempat di Bazaar LamanSeri Sec 13, Shah Alam yang berhampiran dengan Kolej PTPTL. Ia beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 10.00am hingga jam 10.00 pm.
Selanjutnya juga, kami akan ke sebelah Pantai Timur buat 10 hari, dalam mempromosikan produk kami. Alhamdulilah contoh Sarong Ganu dan Tok Gajah juga telah siap di sediakan. Tidak ketinggalan Contoh Sarong Selangor juga telah diperolehi.
Akhirkata, kepada para peminat Bola, nantikan kami di tempat anda. Jadual terperinci akan kami keluarkan dalam sedikit masa lagi.
LamanSeri Sec 13, Shah Alam

Lokasi Bazaar LamanSeri di Tapak Letak Kereta sebelah kanan jalan

Kolej PTPTL yang cuma 5 minit sahaja ke Lokasi Bazaar

Majulah Sukan Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara.