Pages

Wednesday 24 August 2011

Sarong AL-HIJRAH bersiaran di Radio www.bapakku.fm

Alhamdulilah, pada 24.08.2011 jam 2.00ptg, pengasas Sarong AL-HIJRAH, En.Suhaizee Bin Sarudin telah ditemuramah oleh DJ bapakku.fm di konti mereka yang teletak di bangunan Diamond Square Business Center, Setapak Kuala Lumpur.

Kami tiba lebih awal di pejabat, sekitar jam 1200tgh. Selepas serba sedikit sessi pengenalan, temubual pun berlangsung di konti. Didalam temu bual ini, kami menjelaskan penubuhan zeezana enterprise dan produk-produk AL-HIJRAH. Kami juga menjelaskan ciri-ciri kelainan yang terdapat didalam kain AL-HIJRAH tersebut. Selain itu kami juga menyediakan pakej untuk stokis atau pegedar yang berminat memasarkan produk kami ini.

Diakhir rancangan, kami menghadiahkan Sarong AL-HIJRAH kepada semua DJ yang bertugas ketika itu. Diharapkan promosi kami di radio ini membuka mata pendengar mahupun pengguna tentang kemunculan Sarong AL-HIJRAH kami dipasaran.
Dj bertugas membuat persediaan sebelum siaran langsung keudara

Gambar DJ Ismahalil Hamzah dan aktiviti bapakku.fm

Lagi gambar-gambar aktiviti bapakku.fm

Ruang didalam bilik konti bapakku.fm

No comments:

Post a Comment